CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 25, 2011

Saya suka lagu ini..cinta muka buku aka facebook la kan..:)

Entry arini nak cita pasal lagu ni..rasa mcm sangat cumil..suka..suka..oopss..ada ke lagu cumil..apa2 jer la..:)Penyanyinya muda lg..sweet jer, Najwa Latif





Lirik Lagu Cinta Muka Buku -Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku

Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua

Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku

Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo…
Ini cinta remaja ku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo…
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua

Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau katakan kau suka aku

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo…
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Monday, July 18, 2011

Nak main masak2..

Fuh..fuh..fuh..asyik lap abuk ja aku, sbb dah lama x update kat sini. Almaklumla x da berita sensasi + malas buat karangan..ada niat ja..kalau la apa yg aku pk dlm kepala otak boleh tertuliis atau tertaip kan senang..ayat org malas..hohoho..dah2 jgn nak mengarut lebih.
Sebenarnya arini mood nak main masak2..plan aku arini nak masak serawa nangka (bahasa utaqa) aka bubur nangka..nyum..nyum..cedapnya.Sejak smlm lg dok bengan bubur tu siap tp terkubur sbb santan yg di cari takda..huhu..so arini nak meneruskan cita2 hehehe.
Kemudian aku terasa nak makan lemak ketam + nenas dek kerana kempunan nak mkn ketam kat Pulau aman aritu x dpt..so hingga ke arini masih teringat2 ketam itoww..huhu..cedih..sedapnya ketam. Harap2 hajat kesampaian ..
Sekian wasalam..lain2 masakan akan di pk kan kemudian..:)

Thursday, May 19, 2011

Tiba-tiba nak berjiwang..

Lagu ini di tujukan khas buat suami ku tersayang Mohd Khairul Anuar

Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Love u so much..Moga jodoh kita kekal bahagia hingga ke syurga

Monday, May 9, 2011

Pregnant???



Entry yg saja nak bg org buat spekulasi hohoho..
Aku sbnrnya skrg mood nak sgt preggy kembali, terasa sweetnya time tu..opss sweet feeling ja,tp kalu nak ckp tuannya sweet pun ok ja..ahakss
Sebenarnya terlalu indah melewati zaman baby dlm kandungan, rasa tak sabar nak jumpa n nak hug2 baby yg kiut miut tu..erkk ada ka baby tak kiut..suma baby kiut kan. aku ni geram tgk baby, rasa nak gigit2..so anak teruna aku ler yg slalu jd mangsa kena gigit..gigit manja tau,kalu tak abisler anak i ouls..
Ceter pasal preggy mcm2 yg best sbnrnya..cercite..cercite..
Bestnya bila dilayan baik oleh suma org terutama en hubby yg sgt sabar dgn wife dia yg manja ni, nak wat camna en hubby i yg nak manjakan i, so i lg terover manja ler.
Masa preggy en. hubby sy sgt la risaukan sy, suma benda xleh wat, benda2 berat xleh angkat, jalan jauh2 x boleh, mcm2 x boleh..(sbnrnya dia bkn risau awak tu..dia risau anak dia tu sbnrnya)tp x kisah ler kan.Bab makan sebut ja apa pun sampai ke kelantan aritu en hubby i cari, punya nak penuhkan permintaan isteri tersayang yang nak mkn buah salak bkn pada musimnya..hohoho..buruk benor kamu ngidam kan.Tp ok ler buah yg bermusim, buatnya benda yg wujud 3,4 thn skali..abisla en.hubby.hehehe
Kpd en hubby terima kasih bebanyak tau penuhi permintaan isteri mu ini.heehhe.
Apala aku melalut, padahal nak citer pasal aku teringin nak preggy..tp terkeluar tajuk lak.
Sebenarnya i jer yg beria2 tp en.hubby ckp tggu dulu, bg ler wafiy besar sikit katanya, sian waafiy..hehehe.xler iisteri dia nni, x sabar2.lgpun aku dahla nak start kelas PJJ x lama lagi.
Xkisahla berapa sakit pun saat melahirkan, perasaan mengandung dan bersalin tetap sgt indah..

Ok lah kepada semua ibu2 di seluruh dunia, selamat hari ibu..jadilah ibu yang terbaik utk anak2 kita

Anak adalah anugerah yang tak ternilai

Wednesday, May 4, 2011

Cercite..cercite..kita bako jer...kita bako..



Cercite..cercite..eh, tiba2 plak ayat ni keluar..suma org slalu dgr kan ayat ni..
Dewasa ini ayat ini selalu berkumandang (pehh ayat buku teks skolah tu..mentang2 SPM BM A1..masa zaman aku ler) meniti di setiap bibir2 tak kira tua dan muda kan..
Entry hari ini x da kena mengena samada dgn yg hidup ataupun mati..sbnrnya den x dok malas nak ngarang karangan arini tp ada hati nak pos jgk..sabor je la..
Malam tadi dok ulang tayang cite hantu kak limah balik rmh..so arini terbawak2 ler skrip2 usop wheelchar tu..huhuhu..tah pa2 ja aku ni kan..apa kata kita bakor ja..kita bakor ja..

Antara hero2 yang wat cite ni klako x hingat..


Aku sgt gemar cite ni, tgk bapa kali pun tak bosan..
sapa suka cuba angkat tgn gaya ini

sekian entry utk hari ini..

Tuesday, May 3, 2011

Tersentuh hati ummi..

Kemarin aka smlm (bg bkn org utara..hehe)si comel ku telah diserang demam yg tinggi secara tiba2. Alkisahnya bgn pg tu sgt ceria dan suka suki bermain dgn sepupunya rania yg baru sampai dari Johor..dlm tghari camtu tiba2 ja dak comel tu merenget2 sgt, pantang aku jauh dr dia mesti nangis..pendek kata aku bgn ja, trus nangis sekuat hati so terpaksa berdukung ke sana kemari dlm rmh tu..nasib baikla awak kurus, kalu tdk jenuh jgk ummi..tp ummi tak kisah, demi comel ummi, ummi sanggup..
Masa tu aku ingat dia rimas ke apa so aku bwk ke bath room nk bg mandi.Badan dia agak panas. Biasanya wafiy pantang kalau sebut jom mandi ja, cpt2 dia dia sendiri nk buka baju & trus p blk air tanpa di suruh, mmg sejak dr baby lg dia sgt suka kalu time mandi, pendek kata mmg sinonim dh dgn air..erk yeke ayat ni..dia x kira samada time hujan ka, air tu sejuk mcm ais ke, tgh demam ke, dia suka ja....tp buat pertama kalinya ms kena ja air kat kaki tu dia mengangis teresak2 sambil peluk2 aku, sgtla susah ht.aku ambik air panas suamkan air, tp dia ttp nangis teresak2.aku teruskan jgk mandi sempat dua kali siram ja, aku tgk bdn dia dah biru dan menggigil2..hati sgt dirundung pilu melihat anakanda kesayngan mcm tu.cpt2 aku peluk bdn dia..menangis ja dia.Masa tu bdnnya sgt panas..aku rangkul tubuh kecil tu sekuatnya pastu aku susukan dia dgn susuku, doa ku biar bdn dia kuat melawan sakit dia dgn bantuan antibodi aku.kaki wafiy sgt sejuk mcm ais tp bdn dia sgt panas sampai berpeluh2 aku..tgn dia menggigil dan biru..aku peluk erat lg..dia makin lali..aku biarkan dia menyusu walaupun mata dh lelap tp aku tau dia blm betul2 lelap.Aku ambil air ais, rendam tuala didlmnya dan aku letak kat kpl..walaupun dia nmpk x slesa tp dia mcm x mampu melawan.Sebelum tu aku bg dia makan ubat. Wafiy x pernah demam seteruk itu, buat aku betul2 panik.Hati sgt2 risau tp ummi tau wafiy sgt2 kuat.Agak lama wafiy mcm tu..ummi riba ja wafiy, berpeluh bdn ummi tp ummi tak kisah. ummi syg sgt wafiy..ummi sgt sedih wafiy camni.Bila ummi nmpk wafiy dh lelap, ummi lega skit tp ummi sentiasa basahkan bdn wafiy dgn air, ummi takut apa2 terjadi pd ank ummi.Kalu apa2 terjadi ummi x tau camna nak hadapi.Hampir pukul 3ptg wafiy bgn tido, wafiy dh boleh senyum alhamdulillah..walaupun bdn masih panas to x sepanas sebelum ni. Dia dh mula aktif..agak ptg aku check suhu dia 38.7..ha?? terkejut aku tp wafiy masa tu sgt aktif berlari2 dan bermain2. Masa tu terfikir aku agaknya barapa suhu dia ms dia meragam tadi??? tak boleh bayngkan..kesian anak ummi.Mlm tadi suhu bdn wafiy masih tggi tp wafiy ttp aktif.Pg ni sepatutnya papa kena p kursus kat alor star, tp papa batalkan..papa risaukan wafiy.Alhamdulillah ummi tgk wafiy makin sihat..ummi terpaksa anta wafiy ke nursery sbb ummi nk p kerja tp ummi anta lewat sbb nk pastikan wfiy btl2 sihat. Ummi doakan Wafiy sihat sepenuhnya..tak sabar nak jumpa kamu sayang..ummi love u so much..:)

Thursday, April 28, 2011

Cerita si air mata ibu

Cerita ini aku ambil dari blog seseorang..sgt tersentuh so aku share ler kat sini..saya dah minta izin wahai tuan blog..:)

gambar dr google..tq en.google


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

kasih seorang ibu terhadap anaknya, tidak berbelah bagi..

begitu juga sayang ummi pada wafiy..(gamba stok lama :))




~DISEBALIK AIR MATA WANITA~

Dalam Islam, menangis merupakan salah satu bentuk pengakuan terhadap kebenaran. Dalam Al Quran dikatakan bahwa “Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam). (QS. Al-Maidah ayat 83).

Rasulullah saw dan para sahabat benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Kelembutan hati mengantarkan mereka kepada derajat tertinggi sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala. Suatu ketika Abdullah bin Umar berjalan di hadapan sebuah rumah yang penghuninya sedang membaca Al Quran. Ketika sampai pada ayat Al Quran yang tafsirnya,” …(yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?” (Al-Muthaffifiin ayat 6), pada masa itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhannya. Kemudian beliau menangis. Abu Bakar digelari oleh putrinya Ummul Mukminin Aisyah RA sebagai Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis). Beliau sangat sering menangis, dadanya bergolak ketika shalat bersama rasulullah karena mendengar ayat-ayat Al Quran. Begitulah para sahabat dan pengikut Nabi banyak mencucurkan air mata karena meyakini kebenaran yang dibawa Rasulullah saw.

Menangis akan sulit jika hati dalam keadaan tidak peka. Tak mudah menemukan air mata, ketika berdoa sendirian bila hati tidak lembut. Pada masa ketika kehidupan diliputi gemerlap dunia, seorang mukmin harus senantiaa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Menangis merupakan hal positif jika merupakan refleksi dari kesadaran. Sadar akan kelemahan-kelemahan dirinya ketika tiada lagi yang sanggup menolongnya melainkan hanya Allah. Sadar bahwa hanya Allahlah tempat bergantung. Kesadaran yang menimbulkan kerendahan hati dan membawa manfaat dunia dan akhirat. Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabb-nya dalam kesendirian kemudian dia meneteskan air mata. Air mata juga bisa menjadi penawar duka, ketika rasa sedih menyempitkan perasaan dan menyesakkan dada. Namun, setetes air mata kerana takut pada Allah akan jauh memiliki keindahan.

Penghuni surga ialah mereka yang sering menangis di dunia karena Allah. Manusia senantiasa berada dalam dua tangisan yaitu tangisan karena Allah dan tangisan bukan karena Allah. Tangisan pertama adalah tangisan yang disukai Allah, sedangkan yang kedua meski dapat mengurangi beban perasaan namun tidak bernilai ibadah. Wahai para wanita, menangislah seperti Saidina Umar yang selalu berkata pada dirinya sendiri,”Jika kiranya semua manusia ke dalam surga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.” Menangislah di kala membaca Al Quran, menagislah di kala berdoa di sepertiga malam terakhir, tangisilah kekurangan dan kelemahan diri.

Wednesday, April 27, 2011

Mode = heppi.

Yehaaa..yeeee..apa ni tiba2 bersorak riang..huhu..nak tau sbbnya..??
cercite..cercite..sbnrnya mode ni tercetus setelah aku berjaya menukar layout blog aku kpd layout yg kiut miut seperti tuannya ini..opss..seperti yang anda lihat sebenarnya.hehehe..
Hepi..hepi..disamping keja yang menimbun2 ni, sempat lagi berblog.mmg nak kena kan..hehehe.
ok lah mau sambung kerja kembali..
p/s : layout sbnrnya di tukar masa time lunch tau..jgn marah yer bos..

Hepi mcm ni ker??


gambar di atas tdk ada kena mengena dgn entry arini..cuma nak tunjuk betapa kurusnya en.hubby dan aku berbanding skrg..hahaha

Thursday, March 31, 2011

Cerita aku dan si kecil..

Fuh..fuh..tiup habuk kat blog ni, sgt lama tidak menulis hanya membaca blog orang saja.Kalu ikutkan hati banyak bonar benda yg nak dicerita..bak kata en.hubbyku 'honey ni ckp banyak la'..huhuuuhuhu..tp tangan sgtla malas utk mengetok-ngetok papan kekunci (betol ke?) ni.
Entry ni ditulis dgn tak bersebab slps membaca blog2 org lain yg best2..Dah 2011, tp ni ler satu2 entry aku pd tahun ni..kira entry sulung ler..huhuhu..
Oklah memandangkan takda benda best yang nak dikongsi, so aku nak bercerita ler perihal semalam yg berlaku padaku dan dirumahku..

Alkisahnya begini, semalam aku tlh mengalami migrain yang teruk, sampai ja di rmh aku terus terbongkang depan tv di ruang tamu rmh ku, so kecik itu telah dilayan oleh papanya..nak tido pun x boleh sbb kepala berdenyut2, so just baring2 je la..
Lepas en hubby melayan si kecik tu, bg makan, mandi skit, pakai baju n bersiap ensem..so tibalah giliran aku utk tidokan dia..so mcm biasa bila di ajak tido, wafiy cepat2 lari ke bilik, lambai2 tangan kat papa ala2 miss world gitu pastu terus mencampakkan badan dia atas tilam. Ummi bacakan doa, wafiy ikut baca tp dlm versi sendiri, x sempat doa abis,pappp..mulut dah melekat utk menyusu..huhuuhu..itulah gelagat wafiy tiap2 hari.
Ok sambung balik cerita, lps bg wafiy tdo,aku pulak yg tertido..sedar2 pkl 4 pagi.Aku bangun dgn kpl yang masih berdenyut2.Buat apa yg patut pastu makan ubat, tp rupanya wafiy turut tersedar..apa lg melalak ler dia bila aku x ada kat sebelah dia.Papa yang masih mamai2 cuba pujuk tp tak berjaya...tapi menurut cerita papa pada pagi tu rupanya wafiy telah memebelasah papa dgn touchlight di kepala papa gara2 marah kat papa..bila cari ummi papa yang muncul..sian papa dah la tgh mamai2, sekali wafiy belasah papa terus jadi biul..huhuhu..So bila semua pujukan tak jalan, en. hubby ajak wafiy main2 sekejap kat luar bilik, sementara aku menyiapkan apa yg perlu.
Dah settle aku cuba sambung tidor semula tetapi malangnya, sekecik itu dah x mau tido..puas dia pusing sana, sini, panjat sana, sini.Tgk ummi dia yg cun ni nak lelap ala2 sleeping beauty trus kena ketuk kat muka..aduhhh..sakit sgt, tgk jer bdn tu kecik tp kalau pukul orang sangat sakit..lepas bosan pukul2, ummi x jgk buka mata..di koreknya mata ummi..waaa..butala mata ummi kamu..huhuhu..saja ja xnak buka mata saja buat2 x sedar lgpun kpl masih sakit.Bila ummi buka mata wafiy ngadu..'gatai' gatai'..mula2 kat lengan..dah garu2..'gatai' gatai' lagi..kat pampers lak..ummi kejut papa ler pulak tukar pampers dia..dah settle suma..gatai lagi..kat ketiak pulak..nak kena ni..apa lagi saja ja aku geletek dia, terkekek2 ler gelak..pastu trus x nak tdo..aku biarkan ja..kejap2 aku terlelap..sedar2 org dah azan subuh..issshhh wafiy ni..masa tu baru dia nak tido..aku terlelap sekejap.pastu bangun mandi n solat. Kepala masih lagi berat ditambah lagi tido yang tak cukup..Rasa macam x nak pergi kerja tp memikirkan ada perkara yg perlu di settle kan aku gagah jgk tetapi keadaan x mengizinkan.
Last2 bagitau bos masuk lewat skit, masa tu wafiy dah bangun mencari makannan..huhuhu..so en.suami, silalah layan..en.suami pun agak kepeningan akibat dihentak kepala dgn objek tumpul oleh suspek yang bernama mikhael wafiy.hehe..Aku pulak telan ubat terus tertido.Sedar2 masih awal lg..ala dlm 30minit ja aku tido sbb diganggu oleh si kecil..rupa2nya en.suamiku juga tertido.Sblm tido tu aku sempat dgr si kecik tu bermain2 kat meja solek ku..pastu tiba2 diam jer..dan aku yakin pasti ada benda yg mencuri perhatian dia..tp aku biarkan kerana keadaan diri yang tidak dpt mengangkat kpl.
Bila aku n suami bangun dari tido, kami tidak dpt menghidu apa2 bencana yang berlaku kerana keadaan bilik agak suram(org migrain x tahan cahaya..so aku tutp lampu bilik)...tp masa aku bersiap2 aku terperasan..ada tompok2 hitam kat kapet..aku bgtau hubby ku, en suami mula mengesan kedudukan si kecik dannn..bila ditilik2 dr muka sampai ke kaki penuh bermacam2 kaler..ada pink itam,ijau..dan rupa2nya..si kecik itu telah mengoreng eye shadow umminya yg slama ni di buat pekasam...tergelak2 kami tgk muka dia..wafiy mengekek2 bersamala walaupun x tahu tujuan..huhuhu..Abis ummi n papa kena proses wafiy dulu sebelum hantar kat skolah. Mcm dia faham ja, takut kena marah kot..dia dah siap2 lari sembunyi..hehehe..cumil sungguh kamu sayang..terlupa pulak nak snap gambar dia..takpala sayang, ummi x pakai dah pun eye shadow tu walaupun ummi sayang,so trus masuk tong sampah..tamat sudah riwayat dia..
Apa pun ummi n papa sayang kamu..we love u so much..mmmmuuuaahhh..

Berikut adalah wajah suspek utk sesi pengecaman...

comel kan dia..hehehe

lagi gambar suspek bergaya macho



sekian sahaja...tammat..