CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Cerita aku dan si kecil..

Fuh..fuh..tiup habuk kat blog ni, sgt lama tidak menulis hanya membaca blog orang saja.Kalu ikutkan hati banyak bonar benda yg nak dicerita..bak kata en.hubbyku 'honey ni ckp banyak la'..huhuuuhuhu..tp tangan sgtla malas utk mengetok-ngetok papan kekunci (betol ke?) ni.
Entry ni ditulis dgn tak bersebab slps membaca blog2 org lain yg best2..Dah 2011, tp ni ler satu2 entry aku pd tahun ni..kira entry sulung ler..huhuhu..
Oklah memandangkan takda benda best yang nak dikongsi, so aku nak bercerita ler perihal semalam yg berlaku padaku dan dirumahku..

Alkisahnya begini, semalam aku tlh mengalami migrain yang teruk, sampai ja di rmh aku terus terbongkang depan tv di ruang tamu rmh ku, so kecik itu telah dilayan oleh papanya..nak tido pun x boleh sbb kepala berdenyut2, so just baring2 je la..
Lepas en hubby melayan si kecik tu, bg makan, mandi skit, pakai baju n bersiap ensem..so tibalah giliran aku utk tidokan dia..so mcm biasa bila di ajak tido, wafiy cepat2 lari ke bilik, lambai2 tangan kat papa ala2 miss world gitu pastu terus mencampakkan badan dia atas tilam. Ummi bacakan doa, wafiy ikut baca tp dlm versi sendiri, x sempat doa abis,pappp..mulut dah melekat utk menyusu..huhuuhu..itulah gelagat wafiy tiap2 hari.
Ok sambung balik cerita, lps bg wafiy tdo,aku pulak yg tertido..sedar2 pkl 4 pagi.Aku bangun dgn kpl yang masih berdenyut2.Buat apa yg patut pastu makan ubat, tp rupanya wafiy turut tersedar..apa lg melalak ler dia bila aku x ada kat sebelah dia.Papa yang masih mamai2 cuba pujuk tp tak berjaya...tapi menurut cerita papa pada pagi tu rupanya wafiy telah memebelasah papa dgn touchlight di kepala papa gara2 marah kat papa..bila cari ummi papa yang muncul..sian papa dah la tgh mamai2, sekali wafiy belasah papa terus jadi biul..huhuhu..So bila semua pujukan tak jalan, en. hubby ajak wafiy main2 sekejap kat luar bilik, sementara aku menyiapkan apa yg perlu.
Dah settle aku cuba sambung tidor semula tetapi malangnya, sekecik itu dah x mau tido..puas dia pusing sana, sini, panjat sana, sini.Tgk ummi dia yg cun ni nak lelap ala2 sleeping beauty trus kena ketuk kat muka..aduhhh..sakit sgt, tgk jer bdn tu kecik tp kalau pukul orang sangat sakit..lepas bosan pukul2, ummi x jgk buka mata..di koreknya mata ummi..waaa..butala mata ummi kamu..huhuhu..saja ja xnak buka mata saja buat2 x sedar lgpun kpl masih sakit.Bila ummi buka mata wafiy ngadu..'gatai' gatai'..mula2 kat lengan..dah garu2..'gatai' gatai' lagi..kat pampers lak..ummi kejut papa ler pulak tukar pampers dia..dah settle suma..gatai lagi..kat ketiak pulak..nak kena ni..apa lagi saja ja aku geletek dia, terkekek2 ler gelak..pastu trus x nak tdo..aku biarkan ja..kejap2 aku terlelap..sedar2 org dah azan subuh..issshhh wafiy ni..masa tu baru dia nak tido..aku terlelap sekejap.pastu bangun mandi n solat. Kepala masih lagi berat ditambah lagi tido yang tak cukup..Rasa macam x nak pergi kerja tp memikirkan ada perkara yg perlu di settle kan aku gagah jgk tetapi keadaan x mengizinkan.
Last2 bagitau bos masuk lewat skit, masa tu wafiy dah bangun mencari makannan..huhuhu..so en.suami, silalah layan..en.suami pun agak kepeningan akibat dihentak kepala dgn objek tumpul oleh suspek yang bernama mikhael wafiy.hehe..Aku pulak telan ubat terus tertido.Sedar2 masih awal lg..ala dlm 30minit ja aku tido sbb diganggu oleh si kecil..rupa2nya en.suamiku juga tertido.Sblm tido tu aku sempat dgr si kecik tu bermain2 kat meja solek ku..pastu tiba2 diam jer..dan aku yakin pasti ada benda yg mencuri perhatian dia..tp aku biarkan kerana keadaan diri yang tidak dpt mengangkat kpl.
Bila aku n suami bangun dari tido, kami tidak dpt menghidu apa2 bencana yang berlaku kerana keadaan bilik agak suram(org migrain x tahan cahaya..so aku tutp lampu bilik)...tp masa aku bersiap2 aku terperasan..ada tompok2 hitam kat kapet..aku bgtau hubby ku, en suami mula mengesan kedudukan si kecik dannn..bila ditilik2 dr muka sampai ke kaki penuh bermacam2 kaler..ada pink itam,ijau..dan rupa2nya..si kecik itu telah mengoreng eye shadow umminya yg slama ni di buat pekasam...tergelak2 kami tgk muka dia..wafiy mengekek2 bersamala walaupun x tahu tujuan..huhuhu..Abis ummi n papa kena proses wafiy dulu sebelum hantar kat skolah. Mcm dia faham ja, takut kena marah kot..dia dah siap2 lari sembunyi..hehehe..cumil sungguh kamu sayang..terlupa pulak nak snap gambar dia..takpala sayang, ummi x pakai dah pun eye shadow tu walaupun ummi sayang,so trus masuk tong sampah..tamat sudah riwayat dia..
Apa pun ummi n papa sayang kamu..we love u so much..mmmmuuuaahhh..

Berikut adalah wajah suspek utk sesi pengecaman...

comel kan dia..hehehe

lagi gambar suspek bergaya macho



sekian sahaja...tammat..